Assalamualaikum warga krt sekalian. Selamat Hari Raya bagi yang beragama islam. Saya banyak sangat benda nak tanya pasal orang lelaki aka suami sendiri. Kisahnya semasa diawal ramadhan yang lalu suami saya kantoi berzin4 sehingga saya merasa Sedih yang teramat sangat. Rasa diperb0d0hkan, ditipu dan dikhianati oleh orang yang kita percaya.
Sebenarnya, benda ni dah lama saya perasan. Bila tanya semestinya tidak mengaku. Katanya saja2 buat begitu. Adakah kita akan saja2 tanya2 “berapa harga?.” Maksud saya berapa kena bayar untuk khidmat perempuan tu.
Suami saya ni tiada masalah lain, layan saya dan anak seperti biasa. Bawak pergi jalan, bawak keluar makan. Seolah2 mengaburi kerja jahat dia. Sungguh saya tak sangka, apa yang saya rasakan selama ini adalah benar belaka.
Ini yang saya nak tanya kepada warga krt, suami saya hanya perlukan perempuan murahan itu untuk buat sex. Sanggup bayar berapa sahaja. Asalkan dapat penuhi nafsu dia.
Alangkah sedihnya saya, dia sanggup berhabis duit hanya kerana n4fsu. Saya tak tau berapa banyak duit yang dia dah habes kerana menjadi hamba n4fsu.
Sedihnya saya rasa, sedih yang teramat sedih. Sakittt sakit sangat ditipu oleh suami sendiri. Saya tak faham kenapa dia buat saya macam ni. Sedangkan saya layan dia seminggu 2x atau 3x, tapi suami saya masih makan luar. Kenapa ya dia buat begitu??
Saya cek fon dia, masyaAllah ramai sangat kenalan perempuan yang sksi. Telegram, michat, wechat. Fb pun masuk group yang bukan2. Kelab janda la apa apa entah. Maksudnya memang mencari la jawabnya kan.
Yang paling saya sedih, bila dah kantoi saya jugak yang dipersalahkan. Kesian kan orang perempuan ni, suami yang jadi kera menggatal sana menggatal sini, at the end isteri yang dipersalahkan.
Wahai pembaca krt sekalian khususnya kaum adam, agak2 kenapa ya suami saya buat macam tu? Apa yang dia nak sebenarnya?