Assalam min tolong siarkan post ni untuk minta pendapat dari semua.. saya baru berkahwin 1 bulan, saya dan suami PJJ. Kisahnya semalam saya on call dengan suami bercakap soal kehidupan lepastu terus saya tanya suami kalau one day ditakdirkan saya pergi dulu adakah suami akan berkahwin lain? Suami menjawab wallahualam.
Saya tiba2 jadi sedih dan kecewa usia perkahwinan baru 1 bulan dan suami jawab macam tu. Seolah2 pengorb4nan saya menunggu dia selama 4 tahun lepas sia2 saja. Saya jadi kecewa dan sedih dan saya akui memang tak rasa mood pengantin baru setelah kahwin.
Gambar kahwin pun suami tak pernah post di fb atau ws seolah2 nak sorok pada orang ramai. Untuk pengetahuan kenduri belah suami hanya panggilan adik beradik terdekat sahaja atas permintaan suami. Saya rasa macam suami tak ikhlas kawin dengan saya.
Dulu sebelum kawin masa bercinta suami pernah kantoi like gambar perempuan nurse, student universiti dan komen flirting gambar2 perempuan tu. Tapi bila dah kawin suami janji nak buka lembaran baru.
Tapi masih soalan Yang sama saya tanya sebelum dah selepas kawin adakah suami akan kawin lain jika saya meningg4l dunia?? jawapan dia tetap sama dari dulu hingga kini “wallahualam”. Saya sedih dan buntu. Minta pandangan dan nasihat yang murni dari semua terima kasih.