assalamualaikum warga krt . aku suami berumur 30an. aku sudah mendirikan rumah tangga hampir 3 thun dan dikurniakan seorang cahaya mata. disini aku nak kongsi satu kisah yg aku sndiri alami. aku seorang suami yg ego. mungkin jugak aku salah guna kuasa veto aku sbg seorang suami.
Kisahnya selepas kahwin aku bawak isteri aku tinggal dirumah org tua aku kerana aku yakin isteri aku selesa dan gembira. aku tak pernah fikir perasaan isteri aku. Bagi aku, untuk menyewa rumah itu buang masa dan membazir. sedangkn itu hak isteri yg harus aku tunaikan. tapi aku ego.
aku abaikan tggungjawab aku sbg suami. isteri aku byk makan hati. ada jugak aku balik ke rumah mertua aku. aku nampak isteri aku gembira. masa tu aku tak pernah fikir tentang keselesaan isteri aku. kebebasan isteri aku. aurat dan sbg nya. isteri aku byk bunyi. nak tinggal berasingan.
tapi aku tak hirau. aku takut gaji aku tak cukop sedangkan langkah aku setiap hari utk cari rezeki adalah berkat doa isteri aku jugak. bukan org lain. aku tak pernah ambik tahu emosi isteri aku. dengan desakkan isteri, aku akhirnya akur. terpaksa cari rumah utk kluarga kecil kami.
sebulan kami tinggal dirumah sendiri, aku dapat rasakan satu kelainan. rezeki?? tak putus2.. tak surut. ada je yg dtg cari dan job masuk tak henti2. syukur, dan aku perasan isteri aku ceria. gembira. dari situ aku sedar, sebenarnya isteri adalah punca rezeki kita. bhagiakan anak isteri, rezeki mcurah curah.
dari pendapatan aku yg biasa2. dah jadi luar biasa. Allahurabbi.. benar, betul, jaga hak isteri. jaga hati isteri, Allah gandakan. pesanan dan nasihat aku, kepada suami diluar sana, jangan sesekali abaikan tanggungjawab anda kepada isteri.malah,Allah akan luaskan rezeki kita lagi. sekian. terima kasih.