assalamualaikum admin. tolong hide profile saya ye, saya seorang isteri Dah berkahwin selama 6 tahun Masih tidak mempunya anak. Masalah saya ialah saya telah berhubung kembali dengan kawan baik saya iaitu lelaki.
Suami saya seorang yang baik.Tak pernah naik kaki dan tangan. Seorang yang cool tapi agak sibuk dengan urusan kerja Saya amat memahami kerjayanya yang terlalu sibuk tapi sedikit sebanyak saya rasa diabaikan.
Kisahnya sekarang kawan lelaki yang saya pernah suka suatu ketika dahulu kembali menghubungi saya tanpa pengetahuan suami. Dulu saya pernah suka kat kawan baik saya ni tapi dia reject saya sebab tak bersedia dan tak suka saya.
Saya frust dan kebetulan ketika itu suami hadir dan kami bercinta dan seterusnya berumah tangga. Puas saya cuba lupakan kawan baik saya ni tapi susah.
Saya tukar nombor telefon dan tutup facebook dan instgram dan Alhamdulillah kami terputus hubungan. Tapi baru2 ni dia dapat no telefon saya dari telegram dan kami mula berhubungan. Dan kini saya rasa saya dah mula kembali jatuh cinta pada dia.
Tapi saya cuba elakkan. Setiap hari saya doa Allah pelihara hati saya untuk terus setia bersama suami. Dan hari2 juga saya berdoa semoga kawan baik saya ni bertemu jodoh yang terbaik.
Dan akhirnya saya buat keputusan untuk block dia di wasap. Namun saya masih rindu dia Hati tak tenang. Resah gelisah Walaupun hari2 saya baca alquran untuk tenangkan hati. Saya tau perbuatan saya berdosa pada suami tapi macam mana nak move on dan terus lupakan dia.
Sebab kawan baik saya ni masih anggap saya kawan sahaja dari dulu sampi sekarang. Saya je masih tak boleh move on sebab dia first love saya.
Saya Masih berharap pada dia Tapi saya hanya berhubung melalui telefon sahaja dan tidak berjumpa disebabkan dia bekerja di negeri lain. Tolong ye bagi cadangan apa yang perlu saya buat.Buntu betul. terima kasih ye yang bagi pendapat dan cadangan tu..