admin, ini akaun fake saya. saya seorang perempuan berusia 31 tahun. saya betul-betul perlukan pandangan orang lain kerana saya tak berani nak mengadu pasal masalah ni dengan kenalan saya.
saya merupakan seorang isteri yang telah bekahwin selama 7 tahun tetapi kini dalam proses perceraian.
Kisahnya sebelum saya berkahwin dengan suami saya jatuh cinta dengan lelaki yang berusia sama dengan saya.
Beliau adalah seorang pemimpin aktivis mahasiswa ketika itu. Masa itu, saya sangat aktif dengan parti politik berhaluan agama. jadi saya malu untuk approach lelaki tersebut.
setelah beberapa bulan saya berkawan dengannya melalui media sosial tiba-tiba saya dapati dia berkahwin dengan isterinya yang sekarang. sepanjang masa itu, saya masih stalking FB dan twitter dia sehinggalah pihak keluarga mengaturka.
perkahwinan saya dengan suami saya, saya berhenti seketika untuk mengambil tahu mengenai cinta pertama saya.
Beberapa bulan kebelakangan ini, dia jadi popular kembali di media social dan tulisan atau tweetnya sering melintasi timeline saya.
Dia seorang aktivis hak asasi manusia. Saya menjadi rakan FB nya kembali. Saya cuba mendekatinya dan mula bersembang di messenger, kemudian whatsapp dan kemudiannya lagi sering membuat panggilan ke telefonnya.
Entah bagaimana, rasa cinta dan sayang tu berputik kembali. Saya minta untuk berjumpa dengannya. Perjumpaan kali pertama kami, saya terus meluahkan isi hati saya kepada dia. Dia pun kelihatan terkejut tapi saya tahu dia pun sukakan saya.
Saya memang mempunyai bentuk badan yang menarik dan rupa paras yang cantik. Cuma saya suka stay low profile. Pernah ditawarkan untuk menjadi model semasa saya belajar dulu tapi keluarga tidak izinkan. selepas dia pulang ke rumah, dia mesej saya.
Dia pun turut meluahkan isi hatinya kepada saya tapi dia tidak mahu meneruskan hubungan kerana dia kata dia bimbang kalau hubungan ni boleh menjejaskan nama baiknya.
Namun saya bersungguh-sungguh memujuk dia dan akhirnya dia cair dengan pujuk rayu saya. Kami semakin kerap berjumpa.
Sampai satu ketika, kami hampir buat keputusan untuk berkahwin dan bercerai dengan pasangan kami yang sekarang.
namun pada satu hari, tiba-tiba dia mesej saya bagitahu dia tak sanggup tinggalkan isterinya.
Dia masih nak bersama isterinya sedangkan isterinya banyak kali menzalimi diri dia termasuk pernah memalukan dia dihadapan keluarga isterinya.
Saya berasa sangat gelisah ketika itu. Dia mula menyekat semua akaun media socialnya daripada saya dan tidak menjawab telefon atau membalas mesej.
Saya merana berbulan-bulan menunggu balasan daripada dia sehingga hari ini. saya tahu dia memang ramai peminat tapi saya tak sangka dia akan tinggalkan saya begitu sahaja.