Salam utk warga krt. Tq admin jika cerita ini di kongsikan sekadar pengajaran. hidekan identiti hnya fake acc. Aku seorang suami umur 29tahun telah berkahwin diberikan seorang cahayamata lelaki. Seorang isteri cantik para rupa. Kisah aku bukan rumahtangga yang goyang tapi kesilapan masa lalu yg sering menghantui setiap waktu dan saat dalam hidup aku.
Kisahnya sebelum aku mengenali isteri pada tahun 2013 aku telah berkenalan dengan seorang gadis pada tahun 2009 di satu laman chatting. Setelah berkenalan aku mula jatuh hati tapi lelaki dalam cinta pasti ade niat jahat dalam perhubungan. Aku adalah cinta pertama buat dia. si A tak pernah bercinta usia kami sebaya waktu itu 20 tahun. Dia masih belajar ambil diploma semester akhir.
Dari chatting aku mula memikat hatinya susah jg si A bukan perempuan suka melayan lelaki. Akhirnya dia mula jatuh hati hari2 text. Aku mula bertukar gambar byk kali aku cuba minta gambar peribadi tapi si A tak pernah bagi. Lepas si A abis di ploma kami berjumpa. Pertemuan kali pertama aku pikat hatinya dalam masa sama aku mula jatuh hati.
Rupa paras biasa tapi ade tarikan yg menawan mungkin dari hatinya yg baik. Aku mula berfikiran jahat lelaki tak terlepas dari n4fsu. Aku mula bagi ayat cinta dan keyakinan dlm hubungan ini. Satu hari aku mendesak si A utk berjumpa kalau tidak hubungan ni putus. Kerana takut dan sayang si A dtg jumpa aku walaupun jauh dtg dr johor.
Aku membawanya ke sebuah hotel di ibu kota. Si A mula bertanya tapi aku cuma cakap tempat utk letak barang bila kita berjalan. Aku masuk hotel si A tunggu di luar. Aku tarik dia masuk terus mengunci pintu. Si A terkejut dan menagis. Aku langsung tidak hiraukan dan tak perlu lagi untuk aku cerita selanjutnya kalian pun boleh faham sendiri…
Lepas peristiwa tu aku ugt si A untuk tak ceritakan pada sesiapa sebab gambar peribadinya di hotel akan aku seb4r. Tiada lelaki yang akan kahwin dengan perempuan mcm dia. Ugtan itu buat si A berdiam dan terus bersama aku. Aku suruh dia berpakaian sksi. Melayan setiap kemahuan aku. Abis diploma si A dapat sambung degree.
Aku baru bekerja. Terlalu banyak aku tipu dia. Aku chatting dengan perempuan lain sebagai hiburan. Sepanjang berkawan sehingga 2012 aku tak pernah bagi si A ni ape2.Dia tak pernah merungut. Keluar naik motor minyak abis sama2 Jalan tolak motor. Aku tak pernah tolong dia dalam kesusahan. Aku perlukan duit dia sanggup jual laptop utk aku. Dia selalu masakkan aku nasi goreng utk bekal kerja. Bagi aku dia terlalu baik.
Selama 5tahun aku jadikan dia sekadar pemuas n4fsu. Aku yakin dia tak akan pernah tinggalkan aku. Si A sgt takut kalau hubungan ni putus.Aku guna dua handphone utk melayan gadis dichatting. Akhirnya si A tau dari situ dia mula berubah. Aku sangat sayangkan si A semua yg aku buat sekadar hiburan. Banyak Kali kantoi kemaafan selalu diberikan. Tapi tidak untuk Kali ni.
Si A menjauhkan diri aku seperti org Gil4 merayu, aku gegar pagar rumah sewa dia. Tapi dia sudah pergi.. Tanpa khabar. 5tahun dah berlalu aku masih hidup dalam bayangan si A. Baru2 ni aku terjumpa Facebook si A dia sudah berkahwin dengan seorang lelaki tahun lepas dan dia sudah bertudung lagi membara perasaan rindu aku padanya.
Hendak saja aku h4ncurkan perkahwinannya. Ceritakan segalanya pada suaminya supaya dia kembali pada aku. Mungkin ini balasan untuk aku. Aku doakan si A bahagia aku tak sanggup melihat dia bersama org lain kerana hanya aku yang blh bahagiakan dia. Untuk isteri abg maaf terlalu besar dosa yang abg lakukan dulu tak pernah awak tahu.
Saat susah A yang banyak membantu dulu. Awak hanya hadir di saat abg punya segalanya. Cinta abg lebih besar pada si A walaupun kini dia isteri orang. Hargailah wanita yg sanggup susah ketika lelaki tak punya ape2. Andai si A membaca maafkan segala aku pernah buat walaupun keb€nc¡an kau pada aku mungkin lebih besar. 4tahun aku cari utk tebus semua kesilapan aku.