Assalamualaikum min. Tolong hide kan fb saya ye.. tq. Tak tahu sebenarnya nak mula dari mana. Takpe lah saya pendekkan cerita.. Saya perlukan pendapat, nasihat dan pandangan dari warga KRT semua. Saya skrg ni rasa terhimpit antara kedua belah pihak.
Iaitu antara suami & family sendiri (ibubapa n anak2). Kisahnya saya sebelum ni dah berkahwin tapi bercerai hidup ada 3 orang anak dan Selepas itu saya berkahwin baru dengan seorang teruna. Perkahwinan kami baru lagi tak sampai 1tahun.
Masalah saya skrg adalah, saya perlu menjaga hati kedua2 belah pihak, tapi hati saya seorang pun tak pernah ambil tahu.. saya sedih sangat bilamana saya ikut kata suami, family pula bermasam muka dgn saya. Bila saya dengar kata family pula, suami dan saya pasti bermasam muka dan bergaduh.
Anak2 saya mmg tinggal di rumah parents saya sejak lahir hingga kini. saya berkahwin baru pun anak2 tetap tinggal disana kerana mereka bersekolah berhampiran rumah parents saya. Sebab saya kerja dari pagi hingga malam.
tapi malam slps mghrib saya akan balik ke rumah parents sementara tggu suami balik kerja(selalunya dia akan balik lewat malam jam 12) selepas itu kami akan balik ke rumah family belah suami saya..
begitu lah setiap hari rutin kami. Nak dijadikan cerita, kadang bila hari cuti @ suami balik kerja awal dia mesti nak balik rumah mak nya cepat2.. sedangkan saya ada anak2 yang perlu saya uruskan dahulu..
parents pula sllu kluar medang waktu malam(kdg mmg agak lewat dorang balik).. jd saya perlu tunggu parents balik sblm saya ikut suami balik ke rumah family dia.. saya taktahu lah kat mana silap saya.
Sama ada saya tersalah pilih suami, atau saya ni ibu dan anak yg tak guna. Kalau saya tak bekerja, siapa nak tanggung anak2 saya(ex suami tak bagi nafkah pda anak2) kadang terfkir nak berhenti kerja.
tapi gaji suami pun kadang tak ckup utk menyara kami.. saya tertekan.. saya sedih.. saya taktahu apa perlu saya buat.. saya buntu.. saya terasa hati kdg dgn suami, dia tak boleh lama2 di rumah parents saya..
tapi anak2 saya perlukan perhatian dr dia.. ada je alasan dia nak balik rumah mak nya cepat2, sedangkan anak2 saya hari2 rindukan dia, hari2 tanya pasal dia, hari2 nak jumpa dia(sbb sllunya klau hari bekerja anak2 tak dpt jumpa ayah baru diaorg,
sbb bila ayah nya balik diaorg dah tidur) dapat jumpa time ayah nya cuti sminggu sehari je.. hmmm. Tlg jangan kecam saya , komen yang baik2 utk saya teruskan kehidupan ni brsama suami , anak2 dan keluarga.. terima kasih