Assalammualaikum. Saya hanya nak meluah. Suami alhamdulillah baik. Tolong kemas rumah, jaga anak dan kadang-kadang iron baju saya pergi kerja. Tak pernah naik tangan. Alhamdulillah suami saya baik. Cuma satu perkara kadang saya tak faham. Suami saya sangat-sangat ‘King Control’ dan sangat berkira.
Suami bekerja sebagai freelance. Saya bekerja makan gaji. Semua perbelanjaan saya tanggung. Semua tanpa satu sen pun suami bantu. Tapi lilahhitaala saya tak kisah. Saya faham gaji suami tak banyak. Tapi hutang saya banyak. Ada hutang suami juga saya yang loan kan sebab suami tiada slip gaji. Tapi semua saya bayar, xpa saya tak kisah.
Tapi wahai suamiku, saya mohon, kalau boleh duit yang disimpan beribu tu, tolong bantu saya sikit, bayar yuran sekolah anak ke, tolong isi minyak kereta ke. Saya pernah cakap, suami kata guna ja duit dia, tapi dia akan ungkit apa yang dia bagi. Jadi, saya jadi malas nak minta, biar saya pinjam dengan kawan je.
Satu lagi, suamiku, saya bekerja setiap masa, tak pernah keluar lepak dengan kawan-kawan, oleh itu, bagi lah saya peluang sekali sekala lepak dengan kawan2. Saya rindu nak borak dengan kawan-kawan.
Jenis suami, dia nak saya 24jam berkepit dengan dia. Saya keluar dengan kawan2 perempuan, tiba2 dia seorang lelaki ada situ, kawan2 saya semua jadi segan nak cakap.
Kisahnya saya ada kawan yang trnsgnd€r kenal dari sekolah lagi kami memang selaku berbagi hadiah semasa birthday. Kadang saya jumpa mereka bagi hadiah. Tapi semua dia sekat. Semua kawan saya tak boleh jumpa. Kenapa?
Saya tak kahwin untuk dipenjarakan begini. Dia selalu cakap saya berdosa tak dengar cakap dia, tapi dosa dia x solat dia x kira.
Mungkin ada yang kata, bagus lah laki nak berkepit dengan kau, daripada berkepit dengan perempuan lain. Tapi saya saja yang tahu perasaan di kawal sebegini.
Saya minta dilepaskan. Tapi dia tak nak.
Takpelah. Saya harungi selagi boleh. Bertahan selagi boleh. Just wait and see.