Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada pembaca KRT yang budiman sekalian, saya harap apa yang saya bakal kongsikan ini dapat dijadikan pedoman dan pengajaran kepada semua. Apa yang ingin saya ceritakan ini berlaku pada tahun awal tahun 2018.
Saya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dengan seorang gadis tempatan yang cukup cantik di mata saya. Perkahwinan kami baik-baik saja. Dia melayan saya seperti raja dan saya melayannnya seperti permaisuri. Kami bahagia bersama.
Rezeki itu aturan Allah. Sepanjang perkahwinan kami, masih belum dikurniakan anak. Kami sentiasa mencuba dan terus mencuba. Pelbagai petua dan cara kami telah guna namun masih belum dikurniakan rezeki anak.
Saya seorang lelaki yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai IT programmer di kota Kuala Lumpur. Isteri pula tidak bekerja. Kisah ini berlaku apabila saya ditukarkan ke shift malam.
Saya sering pulang lewat adakala membawa ke kul 3.
Hampir 3 bulan juga perkara itu berlarutan. Isteri pula kata dia tak kisah dan boleh jaga diri. Saya tidak begitu risau sebabnya kawasan rumah saya itu ‘guarded’.
Kisahnya satu hari saya dikejutkan dengan 1 berita dimana kawan saya memberitahu dia melihat isteri saya di aplikasi Bg0 Liv€.
Aplikasi di mana kita boleh menjaga duit dari tontonan orang ramai. Saya mulanya tidak percaya dengan cakap cakap kawan saya tu. Kemudian, ada 1 malam kawan saya membuka aplikasi tu di hadapan saya.
Tuan puan yang dihormati sekalian,
Bagai nak lruh j4ntung saya apabila melihat isteri saya berj0g€t gh4ir4h memperag4kan tubuh untuk tontonan lelaki hidung belang di media sosi4l.
Tidak sanggup untuk saya membaca setiap komen yang diberikan. Ada yang suruh membuk4 bju, ada yang suruh bsahkan bju dan berbagai lagi.
Saya hampir menangis melihat perbuatan isteri saya itu Malam itu Saya pulang ke rumah dan isteri sudah tidur jam sudah hampir 3 pagi. Saya tidak tidur bersama isteri, saya ambil bantal dan tidur di sofa ruang tamu.
Esoknya saya ambil cuti dan ingin bersemuka dengan isteri. Saya tanya kenapa dia buat begitu, pada mula dia tidak mengaku. Lama kelamaan dia mengalah dan mengaku. Dia sunyi dan perlukan hiburan. Kerana saya sering tiada di rumah. Pernah juga dia terdetik nak ajak kawan lelakinya datang kerumah tapi dia masih waras dan masih sayangkan saya.
Dia beritahu di live dia boleh jana pendapatan dengan mudah. Saya terus menangis sekuat kuatnya.
Akhirnya dia menangis dan mengaku bersalah.
Dia berjanji tidak akan melakukannya lagi. Saya pula telah berbincang dengan majikan untuk kerja di shift biasa semula. Mujurlah majikan faham dan membenarkannya.