Asalamualaikum dan Selamat Malam pembaca² KRT. Admin, tolong hide fb sya sbb sya tak nak org tau identiti sya nnt. Sya mhon.. Saya nak tnya pembaca² KRT, pernah tak kalian semua berdepan dgn SUAMI yg dikatakan “makan hasil bini”..?
Sapa pernah alami situasi mcm sya? Sya dah kahwin dalam 2 tahun. Sya bekerja dlam sektor awam, suami sya kerja biasa² jak. Kerja kontrak.. Saya dgn suami LDR, sebab sya bekerja di Negeri Bumi Kenyalang, suami di tmpat lain. Masa bercinta dulu, suami kerja kat 1 company yg agak besar nmanya.
Kisahnya lepas PKP suami dha berhenti kerja alasan dia org dgki dgn dia tapi masalahnya selepas tu msuk satu company lg tak smpi 3 bulan berhenti lagi. alasan “gaji x sma level dgn kemahiran dia”. Sya diam. Masa kahwin dlu pun, semua perbelanjaan kahwin kitaorg, saya dan keluarga sya yg kuarkan.
Dia dan keluarga dia, SATU SEN pun xde kuar. Alasan ??? TAKDA DUIT…Mak sya tak benarkan sya kuar duit. Saya masih sabar sebab dah sayang.. lepas kahwin, dia start kerja dengan Pakcik dia. Sepanjang dia kerja dgn pakcik dia, bila dapat gaji, dia takkan pernah bg saya 1sen pun, walaupun sya dah kerja. Tak pernah.
Puan² nak tau apa alasan dia, ” bagi mak, beli itu, beli ini.” Benda yg dia beli, langsung tak da faedah bebenor..Bila hbis duit, mula lah minta dgn sya, ckp duit beli rkok xde, minyak motor xde, nak beli lauk xde? Skg…. pakcik dia pun jarang ada projek sudah,.
Sekarang nie, dia berg4ntung dgn aku. Kekadang, bila dia call, dia call tuk minta duit je. Bila sya takde duit, sya minta pinjam dri dia, mmg dia akan jawab “x de duit.”
Hati isteri mana tak sakit puan², kalau berterusan mcm ini. Dia berlagak sebab bini dia kerja sektor awam, cakap tinggi, bongk4k, sampai saya malu dgn dia. Kekdang timbul rase menyesal, sebab sya pilih dia sebgai suami dlu. Tpi, bak kata org, menyesal skg, x berguna.
Mungkin sebab tu Tuhan tak bri kami 2 rezeki anak lagi, sebab Tuhan tau situasi kami mcm nie. Tolong Puan² apa yang harus sya lakukan….?