Asalamualaikum mohon jasa baik admin untuk hide kan profil saya. Saya berumur 35 tahun. Saya pernah bertunang dengan seorang lelaki yang sangat saya cintai, Dia seorang lelaki yang baik, bertanggung jawab,
solat 5 waktu, kerja gov gaji pun dalam 5k lepastu ada bisnes. Income dia je sebulan dalam 10k. Saya sangat sayangkan dia, setiap bulan dia akan bagi saya 2k untuk beli barang2 saya dan dia janji akan beri lebih kalau kami berkahwin nanti.
Kisahnya bermula masa kami bertunang dulu suami saya sibuk dengan kerja dan saya berkenalan dengan seseorang, saya tak cinta kan kenalan saya ni, cuma sekadar melepas bosan, kami chat, dan akhirnya berjumpa.
Kenalan saya mer0 g0l saya, dan tinggalkan saya begitu sahaja. Saya rahsia kan semunya dari tunang saya. Sebab saya sayangkan dia, saya tau saya salah, namun saya insaf.
Saya ajak tunang cepat nikah, tapi alasannya ayah nya masih koma. Dia tunggu ayahnya sedar. Kalau dalam setahun tak sedar juga, baru kami nikah. Namun saya disahkan hamil, saya dan tunang tak pernah bersama, jadi saya ggurkan kandungan saya.
Lepastu tunang saya dinaikkan pangkat, dan dia akan menjalani latihan berbulan2. Saya rindukan dia, tapi dia terlalu sibuk. Dalam masa yang sama, dia minta sahabat nya untuk menjaga saya..
pernah sekali saya demam, ibu bapa saya sudah tiada, tiada siapa yang hantar saya jumpa doktor, so kawan tunang saya ni hantar. Rupanya kawan tunang saya ni suka kat saya. Dia hantar saya, dan selepas itu kami kerap jumpa dan akhirnya terlanjur.
Saya mula sayangkan kawan tunang saya tu. Tapi tak sangka, dia bersama saya sekadar suka, selepas ditinggalkan baru saya tahu kalau saya mengandung lagi.
Kali ni saya bagi tahu kepada lelaki tersebut, tapi dia tak mahu bertanggung jawab. Katanya ini bukan anak dia. Ya Allah, jahat nya dia. saya terpaksa ggurkan kandungan itu. Dan selepas tunang saya habis latihan, kami akan bernikah.
Tiba lah masa ditunggu2. Kami pun kahwin, sebelum kawin, saya pernah bagi tahu suami kalau saya bukan perawan, bukan sebab berzi na tapi alasan nya kalau saya pernah terjatuh dan selaput drq saya terkoy4k. Alhamdulillah suami terima saya, suami seorang penyayang. Setiap bulan suami akan bagi saya 5k untuk saya membeli belah.
Namun panas tidak sampai ke petang Rupanya sewaktu saya behubungan dengan kawan suami dia merakan semuanya tapi muka saya saja nampak muka dia pula tak nampak dan katanya dia jumpa video tu di app dan dia bagi tau saya bersama orang lain.. Allahuakbar kej4m nya lelaki itu..
Aku cuba jelaskan pada suamiku, tapi dia lebih percaya kawannya itu. Masa tu suamiku ceraikan aku dengan talak 3. Kej4m kau wahai suami, selepas bercerai suami tak bagi 1 sen pun pada saya dan baru saya tahu kalau saya mengandung anak suami, dengan gembira saya bagi tau dia, malah dia menghalau saya, dia cakap itu bukan anak dia. Tapi anak h4r4m.
Allahukbar sedihnya. Selepas saya melahirkan anak, saya bawa dia test dna, memang sah anak ni anak kandung dia, saya gembira masa tu, saya ajak dia nikah balik. Tapi min, yang sedihnya, dia nak ambil anak saya min, dan dia tetap taknak kawin dengan saya Allahuakbar.
Saya tetap pertahankan anak saya sebab anak ni lah rezeki saya. Dia akan berikan saya duit jika dia tau ni anak dia. Tapi dia ugt min. Kalau saya tak beri anak ni pada dia. Dia akan report polis pasal video saya.
Kej4m nya kau manusia. Sekarag, anak saya dia ambil, duit pun dia tak beri, dia block saya min, saya nak hubungi anak pun tak boleh, saya nak minta nafkah idah dia tak bagi.
Sekarang dengar cerita dia nak kawin lagi. Saya tak boleh terima min. Saya masih sayangkan dia. Tak mungkin saya lepaskan dia pada orang lain. Saya sayang dia. Saya tak rela dia bersama orang lain. Tolong saya. Apa perlu saya buat.?