hai admin dan semua warga krt. saya seorang isteri dan ibu kepada seorang anak baru berumur 4 bulan. suami saya sangat bertanggungjawab cuma satu saja suami saya macam tidak dapat terima langsung kisah silam saya.
Kisahnya bermula masa bertunang dengan suami saya pernah terlanjur dengan lelaki lain tetapi saya sudah berterus terang dengan suami, saya ceritakan segalanya dekat suami, sebab saya tahu saya dah tidak sempurna seperti perempuan lain saya tiada d4r4 disebabkan percaya dengan kata2 janji manis lelaki,
semasa kami tunang pun saya berlaku curang di belakang tunang saya yang sekarang suami saya, kerana na4fsu dan sikap suka permainkan lelaki.
Kami bertunang sebab di aturkan oleh keluarga lagipun kami dah berkawan dari kecil. 5 bulan sebelum kami berkahwin, saya bermimpi sesuatu yang buruk (seperti saya dimarah dengan suara yang kuat kerana perbuatan saya,
saya di siksa), bila saya terbangun, saya menangis,saya berasa diri saya hna, 5 hari saya berkurung d bilik. saya cuba untuk memutuskan hubungan pertunangan kami selepas saya meberitahu semua keburukkan saya pada tunang dan keluarga saya.
tapi tunang saya tetap mahu menerima saya seadanya dan berkeras untuk memperisterikan saya, atas desakan keluarga kerana takut malu cakapan orang, dan pujuk rayu tunang dan keluarga saya , saya terpaksa akur .
sekarang selepas 4 tahun berkahwin, suami masih mengungkit kisah lama, fb saya kawan sekolah lelaki dia suruh block, kawan2 rapat saya dia tidak izinkan untuk berchat alasan yang sama selama kami berkahwin takut saya kembali seperti dulu.
Dan sering memaki saya sebagai p€l4cvr. sedangkan dari mula kami kahwin saya sudah insaf, menerima n mencintai suami ,dan hanya fokus dengan keluarga kecil kami.
sudah bawa berbincang tapi tetap dengan perangainya mengungkit kisah silam saya hampir setiap hari. kadang terfikir mahu meningg4lkan suami .saya mohon bagi pendapat apa yang saya perlu buat . untuk ubah sikap suami saya? saya tahu saya salah. saya ingin menjadi isteri yang terbaik.