Maafkan saya abang… Aku hanya ingin berkongsi luahn hati ku. Semoga dapat menjadi pengajaran kpd yg lain. Aku menyesal, aku isteri berdosa, aku isteri deh4k4, n€r4k4 la tempatku.. Aku telah berkahwin 20 tahun yang dahulu. Dikurniakan 4 anak, lelaki dan perempuan.
Suamiku berkelulusan ijazah dan menjawat jawatan yg agak baik disektor swasta. Kehidupan kami biasa2 sahaja. Pergi balik kerja dengan menaiki motor. Aku teringat masa mula2 kami berkahwin. Rumah kami, hanya ada TV 14 inci, dapur gas dan tilam bersaiz queen shj. Itu pun aku sangat2 bersyukur.
Kami memang tiada masalah apa2. Gaduh kecil2 tu, biasa lah. Asam garam kehidupan di alam perkahwinan. Masa berganti masa, keluarga kami semakin membesar. Aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ku ke peringkat ijazah secara part time.
Akhirnya, setelah 5 tahun bertungkus-lumus, dan atas sokongan dari suami ku, aku Berjaya mendakap segulung ijazah. Aku sungguh gembira ketika itu. Masih lagi aku ingat, ketika konvokesyen, aku sedang sarat mengandung anak ke tiga.
Bercerita tentang suamiku, dia takde lah handsome sangat, tapi manis nya ada. Dia seorang yang tidak banyak berkata2. Dia memang baik. Tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya memberi nafkah, walaupun dia agak berkira2 juga. Dia memang sayang sangat kepada ku. Tapi dia tidak tunjukkan sangat sayang nya itu.
Maksud aku, dia bukanlah jenis romantic sangat. Dia juga pandai mencari duit. Kadang2, ada sahaja business yang dia buat untuk menambah pendapatan. Dia juga amat cermat berbelanja. Dia tidak pernah marah (dalam erti kata, meninggikan suara), mem4ki h4mun.
Memukul aku memang jauh sekali. Suamiku amat menjaga solatnya. Kami sering berjemah. Selama kami berkahwin, dialah yang mengejutkan aku bangun sembahyang subuh. Kalau ikutkan aku, memang selalu lah aku terlajak dan bersubuh gjah.
Aku bermula dengan bekerja sebagai kerani yg bergaji RM500 shj. Pada masa itu, gaji ku hanya cukup menyara ku untuk ulang-alik pergi kerja bersama makan seharian. Yang lain2 semuanya ditanggung oleh suami ku. Nafkah pun dia bagi sebanyak RM100 sebulan ketika itu. Alhamdulillah. Walaupun pendapatan ku tidak seberapa, aku rasa itu cukup untuk ku.
Selepas mendapat ijazah, aku mencari kerja yang lebih baik. Aku telah mendapat kerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat konsultansi dengan gaji RM2k. Wow! Pada ketika itu, aku rasa memang banyak. Dipendekkan cerita, setelah menimba pengalaman di beberapa syarikat gergasi, aku mendapat tawaran dari salah sebuah institusi kewangan untuk menjadi salah seorang pihak pengurusan di sana.
Gaji dan benefit yang ditawarkan memang sungguh hebat. Sudah mencecah 5 angka. sudah 3-4 kali ganda dari gaji suami ku. Memang kali ni rezeki aku mencurah2. Perbelanjaan ku makin lama makin galak. Aku beli barangan berjenama mewah. Bercuti ke luar Negara, dan sebagainya. Selari dengan periuk ku, begitu jugalah kerak ku.
Kisahnya bermula Masa bekerja di situ aku berkenalan dengan seseorang yang sangat jauh lebih muda daripada ku. Orang nya agak bergaya pandai mengambil hati dan berkarisma. Pada mulanya, hubungan kami hanyalah seperti kawan, tidak lebih daripada itu. Tapi, lama-kelamaan, hubungan itu menjadi serius.
Kami mula keluar bersama tanpa pengetahuan suami ku. Pemuda tersebut memang benar2 suka kan aku dan ingin menjadikan aku sebagai isteri. Lama kelamaan, hubungan itu menjadi sangat intim hingga aku lupa bahawa aku telah berkahwin. Pada suatu hari, hubungan ku telah melepasi sempadan dan aku terus hanyut dibuai cinta yang terlarang. Aku lupa dosa dan ner4ka. Aku lupa segalanya.
Mungkin Allah ingin menunjukkan kuasa nya, kejadian itu telah diketahui oleh suami ku pada keesokan harinya. Mungkin nalurinya sebagai suami terlalu kuat hinggakan dia dapat merasakan perubahan terhadap tubuhku. Pada hari tersebut, suami ku mengajak ku bersolat Zuhur secara berjemaah.
Selepas selesai solat, dia terus mengunci pintu dan mengambil senaskah Al-Quran lama (hadiah hantaran perkahwinan ku 18 tahun yg lepas). Pada mulanya aku berasa agak pelik, kenapa dia berbuat demikian. Kemudian dia berkata, “Ayang. Abang sayangkan ayang sepenuh jiwa dan raga. Ayanglah orang yang pertama dan terakhir yang abang cintai.”
Lagilah aku terasa pelik. Apa yang dia cuba sampaikan? Kemudian dia sambung,
“Al-Quran ini telah menjadi saksi kita diijab kabulkan. Tell me dear, HAVE YOU DONE SOMETHING WRONG AND SINFUL LATELY?”
Matanya memadang tepat kearahku. Aku menjadi sangat gelisah. Suami ku memegang erat tangan ku yang berlapik dengan kain telekung dan meletakkannya keatas Al-Quran tersebut. Jantung ku berdebar2. Mataku mula merah menahan air dikelopak mata. Dan akhirnya, terbongkarlah kemungkaran ke atas maksi4t dan dosa yang telah aku lakukan. Aku menceritakan segala2 nya sambil menangis senangis-nangisnya.
Seperti biasa, suami ku tidak memarahi ku. Dia terus bangun dan pergi ke bilik sebelah. Aku terus menangis dan menangis. Rasa malu dan amat berdosa terhadap Allah dan suami ku. Kemudian, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar. Bila aku jengukkan, aku nampak suami ku bergegas keluar dengan membawa beg pakaian kecil.
Dia terus berlalu pergi. Dia juga tidak membawa handphone nya. Pada hari itu aku merasa sangat gelisah dan risau. Aku cuba menghubungi kawan2 terdekatnya tapi semua tidak tahu kemana suami ku pergi. Pada keesokannya aku cuba menghubungi pejabat suami ku. Kawan2 dia berkata yang suami ku ermergency leave selama 3 hari.
Selama 3 hari itu aku berasa sangat tidak tenteram. Aku pun tak boleh nak bekerja. Langsung aku pun ambil EL. Aku merayau disekitar tempat dengan harapan bertemu suami ku. Kemudian, pada hari keempat, aku menerima panggilan dari suami ku daripada nombor yang tidak dapat dikesan (Private call). Dia mengatakan bahawa dia berada disekitar ibunegara.
Dia mohon agar aku jangan risau dan tolong tengokkan anak2. Dia perlukan masa dan tempat untuk bertenang. Walaupun aku merayu agar beliau pulang, tapi dia tetap tidak mahu. Akhirnya aku akur.
Setelah hampir 2 minggu dia pergi, dia menelefon ku. Dia ingin berjumpa ku dekat suatu tempat. Tanpa banyak soal, aku terus bergegas ke sana. Sesampainya aku di sana, aku terus berlari dan memeluk suami ku. Mencium nya banyak kali. Memohon ampun dan maaf. Dia memandang terus kepada ku. Dia berkata, “abang maafkan ayang”.
Kemudian, dia ajak duduk dan suruh aku dengar apa yang dia nak katakan. Jangan mencelah. Dengar dan dengar. Dia mengeluarkan beberapa dokumen dari begnya. Dia berkata:
“Ayang. Kejadian yang terjadi pada minggu lepas, sangat2 sakit dan masih terasa sehingga hari ini. Abang sangat kecewa kerana ayang mengkhianati abang. Abang tak dapat nak menerimanya. Namun begitu, abang maafkan ayang. Cuma ayang kena bertaubat dengan seikhlas hati. Abang dah buat keputusan, abang terpaksa lepas kan ayang.
Tapi, abang tak sanggup nak melafazkannya. Macam ini lah, abang akan tinggalkan ayang. Selepas 3 bulan, ayang tuntutlah fasakh di pejabat agama atas alasan suami telah meningg4lkan isteri dan tidak memberi nafkah. Tapi, sebelum itu abang nak berikan sesuatu. Ini adalah geran rumah kita. Abang dah tukarkan nama dan letak nama ayang sebagai pemilik.
Rumah itu hadiah untuk ayang kerana melahir dan menjaga anak2 abang. Ini adalah redemption statement personal loan dan credit card ayang. Abang dah selesaikan semua dengan pihak bank. Jadi ayang dah tiada hutang. Dan yang ini adalah wang dalam bank yang telah abang transfer dari akaun abang.
Ini shj yang mampu abang berikan. Lagi satu, abang telah meletakkan jawatan abang di syarikat sekarang dengan memberi notis 24jam. Abang mungkin akan ke luar Negara untuk mencuba nasib di sana”
Aku sangat terkejut. Apa yang cuba suami ku nak buat ni? Bila dilihat jumlah yang diberikan kepada ku memang tersangat banyak. Personal loan aku shj dah mencecah RM100 ribu. Wang yang suami ku transfer, bila dikira, bersamaan dengan nafkah ku dan belanja saraan lain, bole bertahan dalam tempoh 8 ke 10 tahun akan datang. Masya-Allah.
Banyak nya. Setelah ku tanya, baru lah aku tahu bahawa suami ku selama ini ada membuat property investment. Dalam tempoh perkahwinan, diam tak diam, beliau telah memiliki beberapa unit rumah kediaman dan lot kedai. Patutlah selama ini bila ditanya kemana duit2 nya, beliau cuba mengelak.
Suamiku telah menjual semua property tersebut. Kemudian dia juga telah menjual semua perniagaan nya kepada orang lain. Duit itulah juga dia gunakan untuk membayar segala hutang-piutang ku dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada aku.
Air mataku terus mencurah2. Aku meraung. Aku merayu kepada suami ku supaya jangan tinggalkan aku dan anak2. Aku tak mahu semua ini. Aku hanya mahukan suami ku berada disisi. Berilah aku peluang kedua. Namun, suami ku telah membuat keputusan muktamad.
Dia akan tetap dengan pendiriannya. Hak penjagaan anak2 akan diberikan kepadaku kerana anak2 lebih mesra dengan ku. Aku terus merayu dan terus merayu. Namun, walaupun dengan air mata darah sekalipun, suami ku tetap dengan keputusan nya.
Beliau terus pergi. Pergi dengan sehelai sepinggang. Tinggalkan semuanya. Aku tak sangka suamiku walaupun berpewatakan yang agak lembut, mempunyai hati yang sangat keras. Sebelum beliau meningg4lkan ku dan anak2, beliau berpesan agar menjaga anak nya dengan baik. Didiklah dia dengan pendidikan agama.
Untuk pengetahuan, suami ku tidak meningg4lkan apa2 nombor telefon atau apa2 shj yang boleh membuatkan dia dihubungi. Cuma dia minta agar profil FB nya tidak di unfriend oleh ku. Kerana, disitu sahajalah dia dapat melihat anak2 nya membesar.
Beliau juga ada berkata, jika anak perempuannya memerlukan wali dimasa akan datang, beliau akan cuba datang. Sejak hari itu, dia terus hilang dari hidupku. Walaupun beribu2 messenger dihantar melalui FB messenger, tidak dibalas oleh nya.
Sekarang sudah hampir 4 tahun suamiku pergi, tiada berita lagi ku terima tentang suami ku. Kali terakhir aku dengar, dia sekarang berada disekitar London UK. Tiada maklumat lain tentang nya. Selama itu jugaklah aku terus menunggu. Aku tak menuntut pun fasakh di pejabat agama. Aku mengharapkan agar suati hari nanti suami dapat menerima ku kembali.
“. Ayang sangat2 malu dengan abang. Rasanya ayang ingin mti dari terus begini. Namun, mengenangkan nasib anak2 kita, ayang teruskan hidup ini. Mungkin ini lah balasan tuhan terhadap dosa2 ayang terhadap abang. Dosa ayang terhadap abang tersangatlah besar. Ayang mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.
Ayang juga insaf dan bertaubat dan menyesal dengan perbuatan ayang. Kembalilah kepada ku. Kembalilah kepada anak2 kita. Walaupun seribu tahun terpaksa menanti, kami akan tetap menunggu.”