assalamualaikum.. tujuan saya tulis untuk bertanya pendapat kakak dan abang yang dah lama berkahwin. yang baru kawen tu diam2 je. saya seorang isteri yang berumur akhir 30an. ini merupakan perkahwinan ke2 saya
alhamdulillah semuanya baik2.. kekurangan tu ada.. tapi tutup sebelah mata je.. perkahwinan pertama bertahan hanya selama 7tahun.. dan perkahwinan skrg dah masuk tahun ke 7 juga.
Kisahnya baru2 ni suami saya buat hal bila saya dapat tau kalau suami saya telah menc4bul orang yang saya kenal.. dan orang tu bg tau saya sendiri siap dengan bukti suami saya minta maaf atas apa yang dia lakukan dan jangan bgtau saya..
Suami saya ugot perempuan tu kalau cerita dekat saya suami akan tumbok pompuan tu.. bila saya dapat tau.. saya diam dan saya perlu jaga maru4h perempuan tu..
suami saya masih xtau yang saya dah tau berkenaan masalah c4bul tersebut.. saya memang jarang check hp suami.. dan baru2 ni saya check dia ada tengok video lucah.. saya buat2 marah.. sedangkan saya marah tentang masalah c4bul.. ikut hati ni nak buat repot polis je.. tapi saya xde bukti.. tak pe.. saya sabar…
setelah muhasabah diri.. fikir apa kekurangan diri.. saya buat keputusan untuk tenang.. melayan suami lebih baik baik baik.. kurangkan bergaduh dengan dia.. kalau seminggu 3x.
kali ni kita bg dia hari2. saya nak tanya kakak2 and abang2.. saya tau sewaktu ini saya diuji oleh Allah.. seperti mana dulu 7tahun yang lalu saya bercerai dengan bekas suami hanya disebabkan media sosi4l sahaja.
dan skrg Allah uji saya tetiba suami ingin cuba2 hal lain.. saya selalu minta dengan Allah, jangan uji saya bab betin4 ni.. sbb x sanggup nak lalui hal2 yang sama spt sebelum..
soalannya… mcm mana kakak2 bersabar dalam menghadapi dugaan yang seperti ini? bagaimana kakak2 menghadkan batas yang buat kakak2 mula meletup? atau xmeletup tapi hanya solat dn berserah kepada Allah? sbb saya tau ada yang kakak2 yang berfikiran matang fikir..
suami bukan hak kita tapi pinjaman dr Allah.. Allah boleh membolak balik hati seseorang dan membuatkan seseorang datang dan pergi.. tapi kita hanya manusia biasa yang tau erti nafsu amarah..
soalan kepada abang2.. apa yang membuatkan lelaki ni mula nak cuba2? adakah sebab bosan? atau memang sifat lelaki nak mencuba sesuatu yang baru? kenapa xbgtau isteri nak sesuatu yang baru.. apa solusi bg saya mengurangkan masalah yang di hadapi. terima kasih..