hai admin krt. ni pertama kali saya ingin meluahkan rasa hati kat sini. saya takde tmpt nak meluah.
Kisahnya baru2 ni hidup kami diuji dengan kesempitan uang semuanya terjadi disebabkan suami main mesin. dia gunakan semua uang gajinya sehingga takde tinggal baki 10 sen pun untuk kami survive bulan tu.
Akhirnya dia terpaksa meminjam (dari keluarga terdekat) untuk membayar komitmen bulan itu. disebabkan pinjaman ni lah hari ni dia tgh serabut duit makin tak cukup.
pinjam sana, pinjam sini untuk bayar pinjaman lepas. dan akhirnya harini dia menyuarakan untuk hantar saya semula pada mak ayah saya. alasan nye dia tak mahu saya dan anak2 hadapi susah yang dia buat ni.
dia nak hadap sorang diri. suami janji bagi dia tempoh setahun untuk kembali pada saya dan anak. bagi dia masa untuk simpan duit dan settle kan hutang dia. dari mana dia nak dpt duit untuk bayar hutang?
Dia kata kalau saya da duduk dengan keluarga saya, jadi dia tak perlu bayar sewa rumah, jadi duit tu dia bole buat bayar hutang. mudahnye dia berfikir begitu.. habis kalau dia hantar saya balik kampung,
maksudnye dia terus lepas tgn dengan tanggungjawab dia pada kami ke? saya nak kerja dia tak bagi. lagipun saya ade anak nak jaga. tapi saya bole je keje. habis tu harini dia cakap macam ni.
kecewa saya dgr dengan ape yang dia cakap. makan pun tak lalu lepas dia cakap macam tu. nak buat keje2 rumah pun tak bersemangat lagi. tlg bagi cadangan ada ape yang patut saya buat untuk selesaikan masalah kami.
saya da cakap kat dia yang saya taknak balik rumah keluarga saya. saya mintak dia cari inisiatif lain supaya income kami dpt bertambah. kalau puan puan ade ditempat saya, ape ye puan² buat..