Assalamualaikum.. Saya ika bukan nama sebenar dah kahwin hampir 6tahun..anak 2 orang.. Saya harap kisah saya ni jadi iktibar untuk pasangan2 di luar sana yang baru kahwin agar tak jadi macam kisah saya. Nak menyesal pon dah tak guna..
Saya kahwin atas dasar suka sama suka..kami hampir sebaya. Suami saya dalam family yang alim sederhana.. dengan background sekolah agama yang tinggi.. Kami kenal masa kerja sekali di kuala lumpur..dah kenal 4 tahun bru kahwin.
Hari gembira kami pon tiba.
Kisah pon bermula di hari bersanding kami saya buat hal tak tau apa yang merasvk saya hanya disebabkan hal yang kecil saya merajuk dan meminta cerai.. tapi suami saya pujuk dan saya pon tidak memanjangkan hal fikirkan masih baru bodhkan saya masa tu.
Saya ingt saya je yang tak matang.. rupanya suami pon sama.. minggu pertama kahwin kami bergaduh kecil hal yang kecil.. tapi saya sekali lagi minta cerai.. dia kata dia tak kan ceraikan saya.. ok dalam kami gaduh dia ada cakap ko keluar dari pintu rumah aku ceraikan ko.. tapi tak cakap talak berapa.
hurmm tapi saya b0d0. esoknya yelah saya keluar juga nak keluar ke mana2 mesti kena keluar.. dan saya tak tau hukum hakam lagi masa tu.. suami saya pun tak cakap apa2 dah. Tahun pertama kahwin masih ok sebab saya mengandung (saya bunting pelamin).
suami cukup sayang saya dan baby.. sangat2 bertanggungjawab.. cuma dia kurang solat.. sama juga saya.. saya asal dari family yang pecah belah.. Tahun kedua kahwin pon sama cuma kami banyak masalah2 berkaitan kewangan dan bergaduh biasa2.
banyak bergaduh tentang family mertua banyak masuk campur hal kami..Tahun ketiga kami gaduh besar dan sekali lagi saya minta cerai.. dia m4ti m4tian kata tak kan ceraikan saya sebab sayang saya dan anak.. tapi akhirnya disebabkn tercabar saya asyik suruh dia ceraikan saya..
dia ceraikan saya tanpa sebut talak berapa.. lepas tu dia keluar dari rumah.. saya terduduk dan menangis.. baru sedar dengan apa yang terjadi.. tapi dah tak guna.. memang dah kena cerai.. ok esoknya saya nak bergegas ke mahkamah..
tapi suami datang minta rujuk.. saya tak nak rujuk tapi dia bwa saya jumpa ayah mertua dan pujuk saya fikirkn anak kami.. Saya pon setuju..Tahun yang sama.. kami pindah rumah.. saya stat bekerja.. keadaan kewangan makin stabil..
tapi hari tu kami bergaduh lagi disebabkn hal yang campur tangan family dia juga berkaitan anak.. saya cakap saya nak keluar rumah saya tak nak dekat dia saya nak cerai.. dia seperti biasa kata tak nak cerai tapi mulut cakap kalau ko keluar dari rumah ni aku ceraikan ko talak 3..
atau jatuh talak 3 ( maaf saya kurang pasti dan tak ingat) Tapi atas ego yang tinggi saya keluar juga.. Dia pujuk suruh balik dan saya pon akur..Saya pernah bincang dengan dia tentang talak2 yang dia dah sebut..
kami tak ke mahkamah.. kami tak buat apa2 tindakan. tentang apa status perkahwinan kami.. dia suruh jangan fikirkan.. dia kata cakap main2 je.. mungkin serabut dan mungkin dia fikir benda ni kecik2 je padahal dia lagi tinggi ilmu agama dari saya..
Kami teruskan kehidupan sebagai suami isteri macam biasa tiada lagi gaduh sebut minta cerai macam biasa disebabkm kematangan kami dan mungkin takut nak sebut talak2 lagi.. kami diamkn hal ini tanpa beritahu sesiapa pon.
Tahun ni saya dapat baby ke2 tapi hati saya musykil memikirkan apa status anak saya sebenarnya Ya Allah sungguh saya risau.. saya beberapa kali suarakan pada suami tapi dia tetap suruh jangan fikirkan..
saya cek google sana sini dan banyak kenyataan ustaz2 serta hadis2 mengatakn kemungkinan besar kami bukan lagi berstatus suami isteri.. Ya Allah.. sungguh saya takut…
Kawan2 apa patut saya buat ye?? patut ke saya pergi mahkamah.. tapi saya sayangkn anak2 saya.. kalau betul kami dah bercerai.. mungkin talak saya dah jatuk talak 3 terus..
Kalau betul dah jatuh talak boleh ke kami kahwin lagi ( saya tau tentang cin4 but4)Tapi apakah maksud cin4 but4 yang sebenar.. halal ke haram cin4 but4 ni ye..
Macam saya tau cina buta ni adalah suami ke dua yang wajib setbuhi isteri dan baru boleh cerai.. lepastu bila dah cerai.. baru si isteri boleh kahwin dengan suami yang pertama.. Tolong saya kawan2.. Adakah patut saya bercerai ke mahkamah atau cari cin4 but4?