Assalamualaikum semua. Bila berhari raya ni, aku tak tau apa perasaan aku. Aku dah kahwin 14 tahun dah. Ada 2 pasang anak. Aku selalu comparekan keadaan aku dengan orang lain. Bukan mengeluh, cuma tertanya2 kenapa itu, kenapa ini dan akhirnya aku bungkam sendiri. Laki aku amat berkira tentang duit yang nak dikeluarkan untuk keluarga. Nafkah? lagi lah.
Dan bukan aku ni jenis meminta itu ini.
Kalau dia tak sediakan, maka aku kena sediakan. Contoh paling dekat, bila nak raya dia tak pernah kisah untuk usaha belikan kami baju raya, kasut dan persiapan lain. Nak naik sekolah, dia tak ade usaha untuk sediakan duit untuk beli keperluan anak. Sama juga dengan keperluan rumah. Semua atas bahu aku. Ada yang kata aku muakan laki aku. Sebenarnya, tidak. Kalau dia tak sediakan beras, sedangkan kami anak beranak ada lagi, macam mana nak bagi anak makan?
Dia dengan dunia dia. Nak tak nak, aku yang kena cari beras dan lauk untuk masak. Dan dia hanya tau makanan ada. Kadangkala, komplen patutnya kena beli beras itu, kena beli daging yang macam ni. agak sakit telinga aku. Sudahnya aku bentak.aku menjawab “bukan guna duit dia, banyak komplen”. Kalau orang lain dapat gelang emas dari laki tapi aku pula pernah bawak gelang emas hasil duit aku sendiri ke pajak gadai sebab perlukan duit.
Kalau orang lain dapat duit raya dari laki, aku hanya sekali je dapat. iaitu rm20. sedih,kan tapi aku buat buta, buat pekak. pedih hati aku. Tahun ni, dengan PKPB, dia lebih sayangkan mak dan adik bradiknya berbanding anak2nya jadi dia balik kampung dia tinggallah kami anak beranak kat sini. dah 4 hari kat kampung baru sekali call anak. Pagi raya pun tak ade call. bukan sekali ni dia buat perangai macam ni. lebihkan mak dan adik bradiknya
Akupun ada juga mak ayah dan adik.bradik. Termenung aku sndrian kenangkan nasib aku dan anak2. Nak dimarah, kau ni jantan yang bergelar suami. Tak ditegur, lagi laaa tak sedar diri. Aku tak pernah mintak barang atau kehendak aku pada dia. Aku nak, aku sediakan sendiri. Keluarga aku tak pernah tau masalah aku sebab inilah pilihan orang tua aku. Sedangkan pilihan aku sendiri mak ayah aku tak suka.
Restu org tua penting, walaupun anak sendiri merana. Sedihh. Aku tak boleh membantah cakap org tua. Akan dicop derhaka. Tapi mak ayah aku tak tau menantunya perhambakan anak perempuannya. Dan mak mertua aku tanpa segan silu mengatakan aku menantu hantu. Aku berkerjaya, aku ada aset sndr. dan sedikit pun aku tak mintak duit anaknya utk aset aku. Cuma aku cukup derita dgn apa yang berlaku. Aku tak kuat. tapi buat2 kuat.