Admin saya ada anak 2 orang dengan bekas suami saya. Memang saya salah berkahwin dengan suami orang. Saya dah bercerai dah dekat 6 tahun. Saya terima takdir saya. Cuma saya tak dapat maaf kan ex selama anak saya membesar lansung tak bagi nafkah. Tak pernah sekali pon tengok anak2 saya. Saya diceraikan talak 3 ditelefon. Ex bersama isteri nye telefon saya megatakan ingin ceraikan saya.
Ex melafazkan talak 3 kepada saya. Saya terima dengan hati yang terluka dan K
Ketika Saya di ceraikan saya sedang megandungkan anak nye 7 bulan. selepas saya diceraikan. Dia terus tutuk hp. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa. Anak ke 2 saya dengan dia lahir tak pernah sekali pon dia datang tengok anak. Sekarang anak yang ke 2 dah berumur 6 tahun. Tak pernah pon jumpa ayah nye.
Saya selalu tunjuk gambar ayah pada anak2 saya. Masa saya bercerai anak yang pertama baru berumo 1 tahun. memamg kurang mndapat kasih sayang dari dia. Sebulan skli je dia akan balik tengok anak2 masa kami masih suami isteri. Sampai hari ni saya tak dapat maaf kan ex atas apa dia lakukan pada anak2 saya. Saya yang salah berkahwin dengan suami orang. Tapi kenapa hukum anak2 saya.