Salamm Saya preggy nak masuk 7 bulan anak yang keempat. Dulu sami saya ceraikan isterinya yang ada anak sorang dari hasil perkahwinan mereka untuk menikah dengan saya tapi itu kisah lama dah 10 tahun pun berlalu. saya dikurniakan 3 orang anak bersama suami dan nak masuk no 4. masalahnya sekarang dari anak pertama suami saya kantoi curang. ada ja perempuan lain. latest saya preggy ni paling teruk sehinggakan dia abaikan kami anak beranak. bila kantoi tak pernah mengaku. agak susah untuk saya selesaikan dengan suami sebab dia tak pernah nak mengaku.
Saya memang pergi jumpa family perempuan tu dah pun. tapi tak adak jalan penyelesaian jugak. macam mana jalan penyelesaiannya? Saya tetapkan nakkan suami saya berada di samping saya. saya tetap nakkan kasih sayang dari suami saya kepada saya dan anak2 saya. saya dah lakukan segalanya dan sanggup mengandung untuk kali je 4 supaya suami putuskan hubungan mereka tapi mereka masih bersama. saya dah buntu tak lama lagi saya nak bersalin saya harap suami tengok baby ini akan terus berubah kembali kpada keluarga. saya dah ugut cuba untuk tuntut fasakh ataupun suruh suami ceraikan saya. tpi suami endahkan saja. bantulah saya. Tq admin