asslamualaikum hai min comel dan warga krt, boleh tak saya nak meluah sikit, saya bukan nak bukak aib suami atau ape ye cuma saya nak mintak pendapat. admin tq sangat2 sebab tlg poskn.
citenye macam ni aku dah kawen 3 tahun lebih dan ada sorang anak pempuan umur 2 tahun. masa awal2 kawen dulu kami pjj dengan suami, dan suami pernah cakap kat saya ‘sekali kau keluar dengan lelaki lain aku cerai kau talak 3’.
Dipendekkan cerita masa kami pjj aku pernah berberapa kali lah keluar dengan ex hingga tahap terlanjur dan time tu juga aku kantoi dengan suami, (kantoi kami berjumpa je, suami tak tahu kalau kami terlanjur) suami marah2 tapi dia tak dapat buat apa2 sebab kami berjauhan lagi,
aku lupa yang suami pernah ugt ceraikan aku klau aku keluar dengan lelaki lain. time tu aku kluar dengan ex sebab aku nak tau macam mana kehidupan dia slepas dia tinggal kn aku dulu then couple dengan sahabat baik aku. so sad.
Sepanjang dua tahun perkawinan kami cuma satu bulan je stay skali satu rumah, itupun kat rumah mertua lepas tu kami duduk rumah parents masing2, kami tinggal berjauhan, sebab kan jarak yang jauh dn susah nak jumpa aku. nafkah suami bagi pun hanya 3k sahaja sebulan. Kami terpaksa berjimat.
sikit pun aku tak merungut, aku faham dia sebab dia takde kja lagi tak pernah pun aku persoal kn bab nafkah. time anak aku dah umur 11 bulan b8aru lah aku bleh duduk skali dengan suami, time tu baru aku tahu siapa suami aku yang sebenar yang time couple dulu lemah lembut tak pernah jentik aku sikit pun tak pernah tengking2 aku dan marah2 aku depan orang. Lepas duduk sama2 baru aku merasa itu semua.
Pagi siang malam tengah2 malam pun kawan2 dia tak berhenti datang rumah, tiap malam aku nangis sebab nak stay skali dengan dia time malam tp dia buat takendah je, jadi nya aku dengan anak je berdua. nasib aku ada anak kalau takde anak hdop aku psti sunyi sangat.
Aku takfaham kenapa aku dapat suami macam ni.
kadang2 sebab aku taknak balik rmah mertua pn dia marah2 suara pun bukan nya kecil habeh satu kampong dgr dia m4ki2 aku ckap keturunan aku macam2lah apa lah smua tu, aku give up nk teroskn hdop dengan dia suruh cer4i dia takmau, nak sabar dn teros kn hdop dengan dia pun aku jadi ment4l.
Sekarang ni dah sebulan aku dudok umah mertua, mertua aku baik adik ipar dua orang pun baik2 jugak, yang jadi masalah untok aku cuma suami, haruskah aku bersabar dan tunggu sampai dia berubah? dia selalu jnji kata nak brubah tapi sampai sekarang still dengan perangai yang sama.
dia tak mau ceraikan aku, tapi kalau aku keluar dengan laki lain bleh jatuh talak tak? kalau aku dengan suami cerai pun apa akan jadi dengan kehidupan aku nanti? dengan ank aku lagi? aku keliru sangat2, bnyak lgi aku nk cite tp takut ampa taklarat nak baca, ni pun aku taip dengan tangan yang terketar2. minta maaf kalau bnyak ayat berterabur. semua manusia ada salah dan silap.