Assalamualaikum min. Hide profile aku yer. Min aku nak cerita sikit, aku tau sekarang kalau sebut pasal orang ketiga, semua orang akan m€roy4n m4ki h4mun. Aku nak cerita ni, dulu aku macam tu jugak, sebelom tu lupa nak bagitau aku da kawen min, anak sorang, seorang isteri dan ibu.
Aku seorang isteri dan seorang ibu dari 2 anak. Kisahnya bermula pada awal tahun baru ni aku dengan bekas teman lelaki aku ade yang dah lama pun lost contact, tetiba kami contact balik.
Dipendekkan cerita bekas teman lelaki aku ni dulu kami berpisah sebab dia kena terpaksa kawen dengan pilihan mak dia masa aku putus ngan dia, aku separuh gile dah. Nasib lah aku jumpa suami aku, dia bagi aku semangat sampai aku jatuh cinta dan kawen .
Masalahnya sekarang bekas teman lelaki aku tu, dia pun da kawen, ade anak sorang, tapi sejak kite orang contact ni, macam da timbul sayang semula min ,dia selalu cakap menyesal tinggal aku dulu, dia cakap dia da salah pilih. Hari2 kiteorang masage sekarang, dah macam zaman bercinta dulu, macam orang bercinta min, bekas teman lelaki aku ni pjj ngan wife dia.
Aku tau memang salah ape yang kami buat sebab aku wife orang dia pula suami orang dah banyak kali aku cuba tinggalkan dia. Tapi nanti dia akan pujuk aku sungguh2, dia cakap hidup dia rasa bahgia sejak aku ade ni.. Aku kenal dia dah belas tahun min, tapi da takder jodoh kan.
Hurmmm. Aku rasa berdosa sangat dengan suami aku. Sebab ari2 aku dengan bekas teman lelaki masage merindu bagai. Dia cakap masih cintakan aku, dan aku pun rasa macam masih cintakan dia, Aku selalu s4kitkan hati bekas teman lelaki aku, biar dia b€nci aku.
Tapi nanti dia akan pujuk aku, dia selalu cakap mana tahu suatu hari nanti kami akan ade jodoh, dia buat aku leka dan hanyut dengan cinta dia, dia hari2 anta masage sweet2, anta gambar dia hari2, sampaikan kalau dia nak balik rumah jer, mesti dia cakap dia rindu aku, jap jer dia balik, sebab dia cakap rindu aku.
Kami juga pernah terlanjur, tapi aku dah bertaubat. Kalau dia balik rumah hp dia off. Jadi kite orang tak contact. Arini aku da marah2 dia, aku cakap jangan cari aku lagi. tapi dia cakap kalau aku tak ader kosong lah hidup dia, dia tak nak tinggal aku, dia suruh aku sabar, dia cakap nanti ade jodoh kami.
Min aku nak tye pendapat bawang2 yang ade, ape aku nak buat sekarang, aku sayang kan family aku yang sekarang, tapi kadang2 min aku tewas dengan cinta bekas teman lelaki aku, dia selalu cakap nak bawa aku l4ri nanti, dia cakap aku dengan dia akan ade jodoh nanti.
Tolong lah bagi aku kata2 nasihat, aku memang tak nak pun macam ni, sebab aku sebelom ni b€nci sangat dengan penyondol rumah tangga orang, ari2 m4ki, last2 aku yang aku kenakan diri sendiri.