Saya dah berumahtgga hampir 10 tahun. Saya sayangkan suami saya lebih dari nyawa sndiri rasanya sebab 2 selama ni saya mengalah dalam semua hal..saya turuti segalanya. lgpun saya tau saya juga ada kelemahan. bukan sempurna. suami saya baik. terima kekurangan saya.kelemahan saya. macam 2 juga saya terima kekurangan dengan kelemahan dia.. kalau bergaduh memang saya yang akan mengalah, tak apalah saya taknak panjangkan hal. walau hati saya masih sakit. saya cuma redha dan terima. Hanya pada Allah saya mampu mengadu. saya dah tak ada sesiapa lagi. kalau berpisah saya risau nasib anak jadi saya telan smuanya sndiri.
Suami saya ok. nafkah dia bagi cukup. tapi hati saya dia tak pandai jaga. dia lebihkan kawan2. dia tak betah duduh dekat rumah. lg suka dengan kawan2. smpai ank2 pon dah faham. saya perasan puncanya bila dia dah ada income lebih. dulu masa cukup2 makan dia tak bercampur dengan kawan2 sekaang ni..elok dia duduk rumah..tapi lepas berkawan dengan kawan2 sekarang yang kaki lepak berjudi ketum. dia berubah. DIa suruh saya dengan anak2 berjimat belanja lagi2 bab makan bila anak saya suka makan macam2 benda yang dia tak makan kadang terpaksa beli diam2 takut dia Tau dia marah.
Sepanjang berkahwin kami pernah berjemaah sekali sahaja. berapa kali saya menangis tengok akaun bank sebab dia guna untuk berjudi. dia mnta maaf tapi buat lagi. suami saya bukan teruk sangat. tapi saya taktau macam mana nak kembalikan dia macam dulu.. kalau dah guna duit kearah benda haram. Saya yang tolong cukupkan keperluan dengan mniaga kecik2 dari rumah. lepas la belanja makan sekeluarga. saya bukan nak ungkit. saya tak mintak lebih selain dari dia hargai apa saya buat.
Sekarang ni saya dah takbercakap 2 hari dengan dia. saya pun tak tau punca. saya sedih sebab dia abaikan perasaan saya. sungguh 10 tahun bersama saya masih tak paham apa yang dia fikir. kalau dia sayangkan saya dengan ank2 msti dia lebihkan kami dlm segala hal. tapi nmpak macam dia lebih gembira dengan kawan2.
tiap kali gaji taksmpai hujung bulan takckup. walaupon sepatutnya cukup. saya mntk untuk uruskn sahaja. bkn saya nak ambik smua. sebab dia boros. kalau ada duit dengan dia nt dia berjudi lg. janji nk tggal. sebulan 2 buat lagi. dah buntu nak buat apa.
Saya rasa kalau dia hidup sorang2 mgkin dia lagi bahagia sebab dia tak perlu hadap lagi muka saya yang susah nak senyum nak bagi dia seronok. Macam mana saya nak senyum sntiasa. mental dan emosi saya sarat dan penat. saya uruskan smua dekat rumah sorang2. dia ada jugak tolong kadang2. cuma jarangg sangat. kalau saya suruh kadang kena marah balik. sampai saya dengan anak2 memang takut nak mintak apa2 dengan dia. sebab 2 jugak saya selalu pendam perasaan.
Saya tau kalau saya luah akan jd macam skrg yang saya hadapi. dia tak kwn tergur saya. saya sedih sangat. tapi saya pura2 kuat. saya dah penat mengalah. saya hanya mmpu bersujud memohon kekuatan.kalau betul jodoh kami hnya takat sni. kalau betul dia lebih bahagia tanpa kami, lebih bahagia bersama kawan2 tanpa ada siapa yang marah tegur perbuatan dia. saya cuma hrp doakan saya kuat. saya sayangkan dia lebih dr segalanya. yang Hanya Allah yang tau. kalau dia tak bahagia dengan saya, buat apa saya paksa. saya rela undur diri dan biarkan dia bahagia dengan hidup yang dia idamkan.