Salam krt. minta tolong hide fb saya ya.. Saya isteri dan ibu kepada 3 orang anak perempuan. Masalah saya disini saya rasa macam tidak tahan dengan suami lagi sebab selalu ungkit masa silam saya, Saya tau kisah silam saya terlalu pahit. Bagi mana2 lelaki pun memang akan ingat benda ni sampai bila2.
Ceritanya dulu saya perna terlanjur dengan bekas kekasih sebanyak 3 kali semasa suami kerja luar negeri, selepas saya melahirkan anak no 2 akhirnya kantoi dengan suami dan saya minta maaf pada suami dan saya sudah pun bertaubat,
suami memaafkan saya tapi sekarang hari2 mulutnya tidak berhenti ungkit. Suami kata anak no 2 kami bukan lah anaknya, saya dim4ki dihina dan sampai ada niat untuk menjual saya..
10 tahun kawin dengan dia saya duduk rumah sahaja jaga 3 orang anak dan mentua lelaki yang sakit. saya sudah tidak tahan dan mahu menenangkan fikiran. Tapi saya mau kemana dengan tidak berduit.
saya ada meminta tolong dengan kawan pinjam rm300 untuk beli tiket kapal dan pergi kerumah abang tapi 1 orang pun tiada yang mahu menolong. Saya tahu saya hanya suri rumah. tidak bekerja dan bergaji.
tiada yang berani pinjamkn saya duit fikiran sangat2 terganggu. Tolong jangan kecam kerana Benda ni belum terjadi lagi pada anda, anda. hanya tahu mencemuh sahaja, dah kena batang hidung baru ada akal. Ya allah permudahkn la urusanku..