Tolong hide kan FB. aku selalu baca KRT.. Allah uji aku, rumah tangga aku dengan ada nya orang lain. aku mula kan kisah hidup aku ini untuk pengajaran dan isteri di luar sana. aku dah bernikah 8 tahun dikurniakan 4 orang anak. sebelum aku nikah dengan k aku pernah bernikah hasil perkahwinan yang lepas aku ada 1 orang anak² aku 5 orang, usia aku sekarang 27. aku nikah di usia muda. ok sedikit detil untuk diri aku² sekarang menjahit di rumah dan suami aku drive lori. aku fikir suami bahagia bersama aku dan anak-anak.. aku tak pernah cek hp suami aku sepanjang pernikahan aku tapi Allah gerakkan hati aku,bulan 12 tahun lepas k caj hp dengan secara tiba-tiba aku tengok hp dia ada wpp dari perempuan kat c2 dia tulis senyap je, aku nak bukak tapi ada password.
Aku suruh k bukak tapi dia tak bukak dia cakap budak agen ni memang selalu kacau² drive. so dari situ lah aku mula cari dan mencari sampai terbukti semua nya. suami aku ni dia hantar barang di luar kawasan jadi dalam seminggu tu dapat lah jumpa dalam 2,3 hari. Suami sebelum pergi kerja dia akan cium aku dan peluk aku, malam tu suami balik dan aku tunggu suami dan anak tidur. Aku buat MCM biasa sahaja.. aku menjahit jam 3 pagi aku tengok semua dah tidur aku ambil hp k dan aku tukar memori dan sim kad ke hp aku. aku on je ada mesej.. 1 tanya abang kat mana. 1 lagi ada orang cll tapi dia off hp.. no ni aku ambil dan yang tanya abang kat mana tu aku cll tapi dia tak jawab ya lah dah 3 pagi kan, aku balas k suami aku, siap dah, KO tunggu esok aku cll Ko.
Bila aku tengok memori dia. Alangkah hancur hati aku tengok gambar dia bershopping bersama dengan perempuan di eon, gambar dia naik kereta dengan perempuan lain, gambar dia dan perempuan tu konon² nak cium dia kat kereta, gambar perempuan tu kat tempat kerja dia, gambar perempaun tu dengan anak-anak nya, gambar perempuan tu nak tidur dengan sek si. Gambar dia vc dengan be tina² lain.. banyak be tina bukan 1 bukan 2 bukan 3.. aku send gambar dia dan be tina² tu kat mil. selesai aku letak balik sim kad dan memori kat hp dia dan aku kejut dia.. aku nak kan penjelasan, salah aku kurang perhatian untuk dia, aku bz dengan anak-anak dan menjahit. Dalam perbincangan tu aku berjanji aku akan berubah dan aku nak dia berubah dan tinggal kan betina² tu,, dia berjanji akan tinggal kan betina² tu.. tapi masih Kantoi lagi ada lagi be tina² yang wspp dia.
Aku pantang dah tengok hp dia pasti aku bukak dan cari dan cari, aku cakap dengan k aku bagi tempoh untuk dia tinggalkan be tina tu hingga hujung bulan 2. Dan aku ada buat surat untuk dia sign selepas 1.3.2020 k bersumpah dan berjanji jika ada berwaspp, me chat, cll atau di mana ² media social dengan perempuan lain dengan niat suka² bukan kerja jatuh talak 3 keatas aku, aku malas nak fikir lagi dan aku bukak buku baru, lagi berapa hari ulangtahun dia aku buat sehabis yang baik, aku booking tempat kami makan, buat kan bouquet, buat suprise untuk dia, aku menjahit dan uruskan anak sekolah sendiri. dengan anak yg kecik² jika k tak menghargai aku² reda dengan ujian mu ya Allah. jika dah perempuan di luar sana yg bergelar janda atau anak dara tolong lah kenal betul² Yang awak berkawan tu bujang, duda atau laki orang. untuk suami di luar sana jika ada masalah tolong lah beritahu..no hp kalau ada mcm², kita boleh buat blh tahu WeChat,me chat,FB dia dan mcm² jadi pastikan lah betul² cek lah jangan mudah percaya. aku menjahit bukan suka² aku bantu suami untuk ringankan apa yang patut.. sekian kesah aku
PUAN A