Assalamualaikum min. Aku seorang wanita mengandung yang bakal melahirkan tak lama lagi. Aku dah bernikah dengan suami dua tahun lebih.. Aku mengalami kemurungan kebelakangan ni. Dulu masa baru nikah aku tinggal dengan keluarga suami sebelas bulan. Biasa lah. Masa baru nikah semuanya indah. Baik layanan mereka terhadap aku. Aku sememangnya ada masalah dengan adik beradik. Tidak begitu akrab.
Entah apa silap aku ada saja mereka tak puas hati. Aku di layan macam orang asing. Aku ingat lepas nikah aku boleh menumpang kasih.. Tapi mula2 je.. Beberapa bulan lepas kawin. Aku mula mendengar cakap2 kurang baik pasal aku. Bukan dengar berita di sampaikan orang tapi telinga aku sendiri yang dengar. Aku kurang sihat ada masalah kesihatan sikit.
Aku berehat dalam bilik, aku terdengar keluarga mertua cakap2 pasal aku kat luar. Aku kat ruang tamu pun aku terdengar mereka cakap2 pasal aku kat dapur. Aku diamkan aje. Tak nak masam muka.. Aku tak bagitau suami sebab fikir tu mungkin aku yang silap dengar ke apa.. Tapi makin lama makin banyak yang aku dengar. Kadang kat depan aku pun mereka berkias. Aku memang terasa sebab aku orang luar.
Depan suami pun pernah jugak mereka berkias sekali dua. Tapi suami mungkin tak perasan kot. Bila aku mula mengandung. Aku ada alahan tak boleh bau itu ini. Aku cuba la elak. Sebab tak larat dah nak muntah. Sakit perut bila muntah. Nak makan pun susah. Waktu orang masak jarang aku kat dapur sebab tak boleh nak bau makanan. Lembik badan aku.
Tengah lena tidur pun aku terbangun sebab nak muntah. Jadi mula la orang kias kat depan aku. Cakap yang aku ni “istimewa” saling jeling2 satu sama lain. Aku diamkan aje. Ada jugak luah kat suami. Tapi dia cakap aku ni yang lebih fikir. Keluarga dia layan aku baik je. Ok. Aku cuba fikir baik2 je.. Mungkin aku yang emo lebih.. Adik dia yang ketiga bawah dia ni perempuan.. Dia la yang bermasalah dengan aku.
Aku tak tau tiba2 cakap yang bukan2 pasal aku. Sedangkan bila sembang dengan aku.. Ok je.. Tapi bila dengan adik beradik dia.. Dia cakap aku ni itu la ini la.. Aku jadi pelik kenapa dia macam tu.. Selama ni ok je dengan aku. Tapi ye la tak semua orang suka kita. Buat baik sekali pun kalau orang tak suka tetap jugak tak suka. Tapi bila banyak kali dia buat aku macam tu. Aku jadi kecil hati..
Aku mula jadi pendiam.. Malas nak bersuara kalau tak ada benda penting.. Sebab kalau aku sembang pun macam aku cakap sorang je.. Baik aku diam.. Lepas aku pindah.. (dapat pindah sebab aku mengamuk dan gaduh teruk dengan suami pasal mulut adik dia. pindah sebab malu dengan mama dia yang kitorang gaduh). Aku ingat ok dah.. Rupanya makin hati aku sakit.
Pernah mama dia datang jumpa suami.. Tapi bila aku jemput dia masuk dia jawab takpe la mama busy nak balik dah. banyak kerja lagi nak buat. aku diam la.. Lepas tu dia datang lagi.. Sama tunggu kat luar jugak.. Aku tegur dia.. Dia diam je.. Jadi aku pun diam la.. Rasa macam aku tak layak tegur dia.. Aku ada terbaca sekali dia post kata2 pasal menantu kat facebook.. Aku mula pelik dan fikir negatif.
Aku bagitau suami.. Lepas bagitau suami malam tu aku tengok dia delete dah. Tapi suami cakap dia tuju kat orang lain.. Aku mengalah la.. Padahal aku tau dia tuju kat aku. Sebab aku tinggal dengan dia. Sebab menantu dia yang lain selalu je dia puji.. Mungkin sebab aku asal kampung dan orang susah dia tak suka kehadiran aku dalam keluarga dia kot. Aku terasa hati dan kalau boleh bersalin nanti aku nak jaga sendiri anak aku walaupun aku tengah pantang.
Aku jadi fikir macam2 takut aku dijauhkan dengan anak aku.. Sebab dia pernah cakap ada orang nak jaga anak aku.. Diorang suruh aku kerja lepas pantang.. Dekat seminggu aku dengan suami gaduh sebab keluarga dia.. Aku risau kandungan aku. mcm mne aku nk dapatkn kaunseling ad laman web ke apa ke.? Sebab kalau nak keluar g pejabat aku taknak suami tau aku kemurungan. Dan aku tak boleh keluar tanpa izin suami.