Assalamualaikum Admin.. mohon hide nama dan profile saya. Dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada admin jika siarkan persoalan saya.
Memandangkan pejabat agama mahupun mahkamah syariah sekarang sangat susah untuk nak dapat temujanji.. setiap kali saya nak booking selalu full sampai saya buntu.
tapi persoalan ni sentiasa bermain di minda saya.. harap ahli KRT yang ada ilmu berkaitan boleh beri saya sedikit penerangan.
Begini pada akhir tahun lepas suami saya meminta izin untuk menikahi lagi satu tetapi saya tidak galakkan kerana saya tahu suami saya tidak mampu dari segala aspek.. lagipun kami baru 3 tahun berkahwin.
anak pun baru seorang dan kecik lagi.. Bagi saya tiada keperluan dan suami hanya menurut n4fsu semata.. tapi selepas banyak onak duri dilalui, alhamdulillah suami tidak meneruskan niat tersebut.
tapi, disebab kan selepas suami sampaikan hasrat tersebut, suami selalu memuji muji dan membandingkan saya dengan perempuan tersebut.
sedangkan saya isteri dia yang sah.. jadi kami pun bergaduh.. bila bergaduh mesti lah akan ada kata kata yang menyakitkan hati pasangan masing2..
Kisahnya ssewaktu bergaduh, suami saya ada lafaz ” Lepas you ( isteri ) bagi i ( suami ) RM 30 ribu , i ceraikan you ”
saya pun memang akan bagi dia duit sebanyak itu akan datang.
mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, untuk bagi dia beli kereta atau kenderaan yg sesuai untuk dia.. sebab dia blacklist..dan tidak layan untuk mohon pinjaman bank..
Persoalan nya, apabila saya bagi jumlah wang tersebut, adakah jatuh talak pada saya ? Sekian, Terima Kasih