Assalamualaikum KRT. Mohon hide kan profile saya ya admin. Saya tak tau nak mulakan dari mana sebab sedang saya menaip sekarang ni pun saya dalam keadaan yang sangat stress. Saya seorang isteri yang berkerja. Pertanyaan saya, Adakah normal bila isteri yang membayar semua bil utiliti termasuk sewa rumah dan juga menanggung perbelanjaan harian. Suami ada memberikan saya belanja bulanan sebanyak rm200. Itu pun tak sampai setengah bulan duit tu lah yang akan backup untuk rokok dan minyak kereta dia. Adakah semua itu normal atau mungkin saya seorang yang berkira. Kalau lah memang saya seorang yang berkira, semoga Allah mengampuni saya. Tapi sumpah saya terbeban sangat.
Dalam saya nak tidur saya akan menangis memikirkan apa yang perlu saya buat di ke esokan hari. Mana saya nak cari duit untuk menanggung makan seharian kami. Saya tak tau nak cerita dengan sesiapa pun. Saya terpaksa pendam dan buat semua nya ok seperti tiada masalah. Baru ni saya ada buat suprise birthday untuk suami siap saya share dalam group family tapi sayangnya dia marahkan saya dengan Kata2 yang tak sedap dia lemparkan dalam group family dia. Terkedu dan malu saya jadinya. Tp saya cuba untuk positifkan diri dengan menganggap mungkin saya terlalu sensitif. Maaf kalau cara penulisan saya agak berterabur. Sebab saya terlalu terkesan dengan kehidupan seharian saya. Terima kasih admin KRT. Doakan usia saya panjang untuk saya meneruskan kehidupan saya.