Assalamualaikum. Aku buntu bila isteri aku minta aku lepaskan dia. Aku bersalah dalam hal ni. Aku buat dosa besar aku berzna dan perempuan yang aku bersama tu tengah mengandungkan anak aku dan aku nak sangat anak tu walaupun aku ragu2 anak tu anak aku atau pun tak. aku dengan isteri tak ada anak lagi sebab aku tau isteri aku memang nak sangat anak. Dah bertahun dia kecewa sebab tak berjaya bagi anak kat aku lagi. isteri aku mengamuk manangis membisu bila dapat tau hal ni.
Isteri aku seorang yang baik. dia tak pernah abaikan aku walaupun aku buat macam2 kat dia. aku tak sanggup hilang isteri aku tapi dalam masa yang sama aku kena jaga emosi perempuan yang aku mengandungkan tu sebab perempuan dia ugut nak gugurkan kandungan dia. isteri aku tak boleh terima aku masih berhubung disebabkan anak dalam kandungn perempuan tu. bertambah buruk lagi bila aku cakap nak kawin lagi 1 demi nak selamatkan anak dalam kandungan.
Isteri aku bersungguh mintak cerai dari aku. Aku sayangkan isteri aku. Isteri aku bagi pilihan untuk aku pilih teruskan hidup dengan dia dengan syarat aku kena taubat. atau aku boleh bina keluarga baru dengan pasangan zi na aku. Aku syg isteri aku. aku cuba untuk berubah dekat kan diri dengan Allah. aku tak sanggup hilang isteri aku wakaupun aku tau perbuatan aku susah untuk dia terima. aku suami yang berdosa.