Assalamualaikum, nak tanya, ada ke mertua korang seorang penipu? Apa je yang anak dia buat dia akan bela, walhal dah terang2 anak dia salah. Kita yang hadap anak dia hari2 ni, sebumbung sekatil sebantal sepinggan ni yang paling kenal anak dia boleh pulak dia cakap anak dia tak buat salah. Anak dia pun suka menipu, adakah belajar dari mak dia yang suka menipu? kita dah tau dia buat benda tu, contoh nya dia mcg pompuan lain, cll pompuan lain, jumpa pompuan lain. Bila kita tanya mcg siapa, cll siapa, jumpa siapa, dia boleh cakap mana ada mcg, cll, jumpa siapa2.
Padahal pompuan tu sendri yang mcg kita bagi tau yang dia jumpa dengan suami kita, siap hntar gmbar dia dua orang lagi. mti2 dia tak nak mengaku. Memang mti hidup semula pun dia takkan mengaku apa yang dia buat belakang kita. Dia bukak kedai makan dengan mak dia, Saya bagi tau mak dia, mak dia boleh cakap, mana ada dia ada jumpa pompuan tu, dia ada je kat tmpat kerja, mak tau lah. Dia blh kata mcm tupadahal dia tak tau bila dia tak ada anak dia mula la menggatal sana sini.
Ada satu hari tu tengah berkumpul rumah mertua, ada orang call mertua tapi mak mertua suruh anak pompuan dia angkat bagi tau mak dia tak ada kat rumah, padahal dia ada je Kat situ dah tau dah sah2 diorg tu kluarga penipu. Nak cakap kat suami mak dia pun penipu macam dia nanti dia cakap kita hina mak dia pulak, so tahan je lah. Sekarang ni hanya mampu berserah pada Allah je. Semoga diberi kekuatan dan ksabaran untuk menghadapi semua cobaan yang Dia bagi.
Skrg bila ditanya benda yang kita dah tau, dia tak jawab jujur, kita hanya mmpu senyum je. Cukup lebih2 pun tak guna. Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk hdapi semua perangai dia. Dia tak nak mwngaku apa yang dia buat biar lah, tu urusan dia dengan Allah kelak. Tu je yang mampu fikir, dia rasa dia selamat, menang dengan menipu kita kat dunia ni biar lah. Insayaa-Allah kita akna mnang kat akhirat nnti. Aamiin.
Pesanan saya untuk para Mertua2 diluar sana, sayangi lah menantu anda seperti anak anda sendri, sebab menantu anda dah jaga anak dan cucu2 anda dengan kasih sayang, sanggup jauh dari kluarga, hilang kawan demi berbakti kpda ank anda. Yang salah tu tetap salah, jangan dibela bila ank anda terang2 dah buat salah. Ingat Allah, kita bukan hidup kekal di dunia ni, so berbuat baik dan jujur lah sesama manusia. maaf la kalau cerita saya ni serabut. Mana yang faham tu faham lah ye, mn yang tak faham tu faham2 kan je la.